Mari bersyukur
Melihat berita beberapa minggu ini, apatahlagi gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand malam semalam, hati saya tersentuh seketika. Keadaan pergolakan politik di beberapa negara seperti di Timur Tengah, pergaduhan di antara suami isteri, malah pembuangan bayi membuatkan ku merasa diri ini semakin jijik untuk hidup. Kejamnya manusia!!! Berita suami tendang perut isteri yang tengah mengandung hingga menyebabkan keguguran??? Kenapalah nak dera isteri tu sampai sekejam tu? Dulu time bercinta-cintun bukan main lagi.
Orang buang anak????GOSHHHHH…. Manusia ke haiwan mereka tu?
Selama ni saya selalu dengar kes-kes ini di luar kawasan tempat tinggal saya. Semalam time pergi berurut kat seorang makcik tu, dia sempat bagitau kat Lawas ni sendiri dah berlaku pembuangan bayi. Bayi di balut dalam tuala dan di tinggalkan di tepi jalan. Bayi hidup!! Ada pula yang ni yang paling saya geram. Seorang ibu yang berhati”entah” (saya pun tak tau nak describe macamana) buang TWIN depan satu hotel kat sini. FuHhh…”hey,you D ***L people if you don’t know how to take care a child, give me one and I’ll show you how!!!
Bila saya musabahahkan(betul ka ni ayat?) diri pagi ni, I made a conclusion. Ada yang suka melihat kejadian yang terjadi dari sudut saintifik. Ada pula yang melihat dari sudut keagamaan. Walau dari sudut mana sekalipun, saya tetap dengan pendirian bahawa semua kejadian ini terjadi untuk membuka mata hati kita agar kita tahu dunia semakin hancur, dan keselamatan dari Tuhan amat diperlukan. Kita semua pasti tahu bahawa Dia akan datang ke dunia ini untuk kedua kalinya seperti seorang “pencuri”. Dan ketika itu kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Ada juga segelintir kita menganggap bencana yang terjadi adalah disebabkan kemurkaan Tuhan terhadap kita. Ingat, Tuhan tak pernah menjanjikan kita tiada bencana atau kesusahan yang berlaku dalam kehidupan kita, tapi Dia telah menjanjikan kita jalan keluar, keselamatan dan jawapan bagi semua yang terjadi. So, bersyukurlah senantiasa.
Secara peribadi, saya amat bersyukur sebab lahir di Malaysia. Bukan lah nak kata negara lain tak baik or so on… tapi, so far, kita masih selamat dan sentiasa dalam perlindunganNya. Walaupun sometime ada pergolakan politik sana sini, tapi semuanya still in control sebab I’m sure we are in HIS control. Kita harus tetap berdoa untuk keselamatan negara kita,untuk pemimpin2 negara, keluarga dan semua orang disekeliling kita. Sekarang ni adalah zaman dimana kita sepatutnya membangun diri sendiri dan orang lain dan saling membimbing dan bukannya menjatuhkan orang lain. The world is coming to the end, men! Wake up and be prepare!
Ora Et Labora everyone J


0 comments:
Post a Comment