

Tak sangka pelayanan berjalan lancar kemarin. After 2 weeks planned for a gathering with IFG-GISI Sipitang , akhirnya selesai. Sepanjang persiapan benar-benar mengajar ku tentang kesabaran dan iman. Fuhhhh…. I thought it wont be happen anymore. The strong thought of “ Hey Lianna, that is impossible, IMPOSSIBLE to do that!!!,”…Sepanjang 2 minggu bergelumung dengan masalah “ MUSTAHIL”, rupa-rupanya, tiada yang mustahil bagi TUHAN… God is REAL!...
Dengan ketiadaan pastor dalam lawatan kali ini benar-benar menduga iman ku. Apa tak nya, selama ini setiap kali lawatan ke gereja lain, pastor sentiasa bersama-sama kami. Tambahan lagi, organisasi PPP kali ini yang sangat muda tanpa hadirnya walau seorangpun dekan… tak seperti sebelum ini. So, siapa yang akan handle P&W? Kotbah???? Lagi lah ….
Walaupun demikian, Tuhan Yesus tak pernah tinggalkan ku walau sesaat pun. Semua yang mustahil bagi manusia, TAK MUSTAHIL bagi Tuhan.
Malam terakhir rehearsal pula, tiba-tiba hujan lebat, banjir & tiadanya electricity. Terasa macam mahu menjerit sekuat hati.” Apa pula kali ini ya, Tuhan?”, kataku. Ah, tak apa-apa.Masej telah dihantar kepada beberapa PP dan menyatakan bahawa kami akan berangkat jam 730pagi kerana telah berjanji akan tiba di Sipitang jam 830pg. Sesampainya saya dan Ireen di gereja, wah, sunyi , tak nampak kelibat sesiapapun. Lonceng telah dibunyi kan 2 kali. Tetapi , masih tak ada seorang yang muncul. Dan tak lama kemudian, bro Ween and Amu tiba dengan membawa berita bahawa kereta yang ingin kami naiki pula rosak… “APA LAGI NI??????”,…. Hati betul2 kecewa lah time ni… Tapi Roh Kudus berbisik “ Tak ada yang mustahil bagi TUHAN. PERCAYA TUHAN akan buka jalan”..
Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki 3 buah kereta dan 14 orang (sepatunya ada lebih kurang 40orang). Dengan hujan lebat dan terdapat beberapa kawasan yang mula dinaiki air. Di dalam hati ini terus berdoa dan percaya Tuhan membuka jalan.
Setibanya di Gereja, walaupun kami lambat lebih kurang 40minit, kami disambut dengan sarapan pagi yang enak dan banyakkkkkk…thanks banyak2 bagi ibu2 yang telah menyediakan semuanya itu. Kemudian, kebaktian bermula dengan baik dan lancar. Kehadiran Roh kudus dapat di rasai.. Selesai pelayanan P&W, Pdm Raymond telah berbicara mengenai “KASIH” di mana tema ini terasa seperti satu kebetulan dengan apa yang telah terjadi sebelum ini . Tetapi apa yang pasti itu bukannya satu kebetulan tetapi Rencana Tuhan yang sangat indah kepada setiap kami. Kami benar-benar diberkati.
Selesai kebaktian, kami di jamu dengan makan tengahari yang tak terkatakan lah.. sedap ,man.. hehehe…dan setelah itu kami berangkat pulang jam 130 ptg.
Fuh, benar-benar tiada yang mustahil bagi Tuhan. Thanks kepada Jemaat IFGF-GISI Sipitang sebab menerima kunjungan kami. Kiranya kasih dan berkat dari Yesus Kristus menyertai kamu semua. Jumpa lagi , ya..
And, kepada semua Team PPP SIB Batu Mulong, I LOVE YOU ALL ..Berdoa agar pelayanan kita ke gereja yang lain akan diteruskan lagi dan menyatakan kebenaran injil.
Listen to this song...be blessed, everyone..
http://www.youtube.com/watch?v=xCdbyeJ_Y_E&feature=related


0 comments:
Post a Comment